Thursday, March 31, 2011

Kecemasan Dalam Contact Lens


Kes dibawah adalah disebabkan si dia terlupa nak bawa case contact lens dimana-mana..

Mula-mula just pegang saja...

 Mate masih pedih selepas menanggal contact lens
Akhirnya mengalah lalu memasukkan kedalam poket..



Alarr tak pe..baru gaji, bole beli baru....hahaha

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Aku tak suke dia lah...Tapi aku nak baik dgn die...Bole ke??


KAWAN KERANA KAWAN...KAWAN KERANA LAWAN
nAk kAwAn @ LaWaN???


1) Jangan bermuka-muka...
Sebabnya jika orang yang bermuka-muka akan menyebabkan permusuhan, atau pergaduhan  jika TERKANTOI kelak!!
Bende nie da popular skunk...
So ubah-ubah la k....(:
Nanti termakan diri sendiri, baru nak melalak sakan....


2) Kawan makan kawan
Nak sangat jaga hati kawan akhirnya termakan diri sendiri...
Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sesekali.
Pengajaran yang sangat-sangat berbaloi untuk menyedarkan orang yang selalu ditikam tikam..hehe
Bende-bende camni aku sarankan jangan korg berbaik-baik sgt dengan orang yang baru korunk kenal..wahh nampak die buat baik sikit..mulalah korg nak ajak dia g sana sini..konon2 dia terbaik dimata korunk...
Tapi hakikatnya adakah dia merasakan apa yang korunk rase jugak????
Selidik dahulu, kenal dirinya, hati budi dia dulu, baru buat keputusan untuk menjadikan dia sahabat korunk..jangan tgk depan2 dia baik dgn korunk je..mana tau belakang2 korunk kemain dia bercerita sakan dgn kawan-kawan die..kononnya lah....
hati-hatilah sbb org cmni sangat-sangat berbahaya!!


3) Perangai,,
Perangai manusia nie memang berbagai-bagai perisa, warna, dan sebagainya..
oyalah bak kata pepatah melayu kan..rambut sama hitam hati lain-lain..
Bila nak pilih kawan, jangan tgk pada paras rupe..xkesahlah die tu gemok ke, kurus ke tinggi ke, atau pendek. Yang penting periksa dahulu adakah dia tu ikhlas berkawan dengan korunk??
Elok ke perangai dia...
Skunk nie yang pakai tudung atau yang tak pakai tudung kebanyakkan perangai mcm harrrrrr....
So kalau nak pilih kawan tu, tgk adakah dia benar-benar ikhlas atau tidak..ialah buatnya perangai kawan korunk tu suke bercerita sana sini, lagi-lagi dia citer sume perangai korunk kat kawan-kawan die, mase tu barulah nak tersedar bagai...
Orang macam tu, tak kawan sampai mati pun dah bersyukur,,,,


4) Jaga tepi kain sendiri
Oya!!! jangan suka sibuk-sibuk hal peribadi orang lain ye..
Tgk diri tu, dah cukup sempurna belum??
Nanti sibuk sangat jaga tepi kain orang, xsedar pulak yang tepi kain sendiri dah terkoyak rabak..time tu kene gelak jela...
kan terkena kat batang hidung sendiri....huhuhu


Conclusion: Jangan terlalu percaya kat seseorang itu selagi kita tak tahu siapa dia sebenarnya,,,......
Maybe die GHOST!!! ahhaha 


Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Wednesday, March 30, 2011

Hambik Biler Dah Syok Sendiri...hehe




cherry pink
Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Monday, March 28, 2011

Ibu ohh Ibu...




Masa kita kecik-kecik dulu..ibu layan kite seperti menatang minyak yang penuh..
Biler kita sakit, ibu terlalu risau, ibu hantar kita g klinik, ibu jaga kita siang dan malam, ibu urut kepala kita..
Biler kita nangis ibu pujuk, ibu melawak, ibu melayan karenah kita
Biler kita kena buli, ibu marah orang yang membuli anak dia, ibu jaga kita, ibu lindung kita, ibu rawat hati kita
Biler kita merengek nak kan sesuatu, ibu risau, ibu xnak kita sedih, ibu nak kita dapat apa yang kita nak, ibu cari duit, ibu belikan jugak:'(
Biler ibu tak ada duit, ibu diam, ibu senyum, ibu nangis diam-diam, ibu tak nak anak-anak dia risau, ibu sayang anak-anak dia.
Tapi....
Biler kita dewasa? kita berkerjaya?? mampukah kita nak memberi semua tu kat ibu kita???
Mampu ke????
Biler kita kerja jauh, ibu kite sakit, nak ke kite melawat dia??nak ke????
Biler kita kaya, nak ke kita bagi sedikit wang kepada dia????
Biler ibu kite sedih, nak ke kite rawat, pujuk hati mereka??
Biler ibu minta sesuatu, nak ke kita tunaikan....

IBU ADALAH SEGALA-GALANYA..
KADANG-KADANG KITA LUPA YANG KITA ABAIKAN MEREKA
KADANG-KADANG KITA RASA MEREKA BAIK-BAIK SAHAJA,PADAHAL HATI, KESIHATAN,NGAJUK MEREKA???
HUH,,,,

SELAGI KITA PUNYA IBU, HARGAILAH MEREKA...
I LOVE YOU IBU!!!



Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Aku Paling Benci Orang


Meyh aku gigit ko.....
Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Sifat seseorang yang memiliki rambut lurus



CikCherryPink.blogspot.com


RAMBUT LURUS

Seorang yang bijak:
Bijak tu bukan sahaja tertumpu pada pelajaran tetapi bijak dalam membuat keputusan, bijak mencari jalan penyelesaian, bijak berfikir dan sebagainya.


seorang yang happy:
Waw mmg seorg yang happy, tapi biler ada masalah ha hambik ko happy tak happy la kan...ha ha ha...


Bergaya:
Bergaya dari segi pemakaian, penampilan, kekemasan, dan sebagainya:)


cemburu:
Tahap cemburu yang tersangat kuat, sampai bole berperang...Upss bahaya sungguh!!


Berpotensi dalam bidang kesenian.







Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Sunday, March 27, 2011

3 cara sahaja


3 cara paling mudah untuk make up...


1) Aku akan gunakan UV perfect by loreal..Ianya adalah untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari...
    Susah klau xde nie, sbb aku akn sentiasa terdedah t'hadap cahaya mataharii..lagi2 panas skunk bkn mcm panas yg dulu2..hehe


2)  Bedak Miyami; perh bedak nie mmg superb la...Ko g la kt terik cmne pun ssh nk cair auww..klau ak pakai bedak nie tahan utk sehari..xpayah nk tacap byk kali(: Act nenek aku yg selalu jd pembekal bedak nie..Klau nenek aku x suggest kat aku..mmg xtau la aku ape 2 MIYAMI..dtg je uma nenek aku dpt free..haha

3) Eyeliner: Ehem2 xmengancam r klau xde eyeliner kan..Biler pakai eyeliner je mate aku secara automatik akn jd segar n cantik..hehe

3 nie jela aku pakai hari2..bedak xyahlah nk tacap tebal2, nanti nmpk mcm momok pulak,,hehe^_^ 




Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Muntah+Pening..Lain mcm je!!


CikCherryPink.blogspot.com

Hai sume syida disini, korg dimana???Upsss tergedik sudah!:P
Al-kisah seorg kanak2 dewasa yang rase dirinya masih kecil telah jatuh sakit!!
Uikk bunyinya mcm sakit teruk tu...
Mmg teruk pun..tp xlah seteruk smpai masuk klinik or hospital..ngeh...ngeh..
Ala biaselah klau da makan lewat kan, perut mesti punye masuk angin..
yg dak nie bajet je lebih nk diet..
hambik ko sekali angin segala angin singgah kat perut die..padan muke die....^_^
Dah 2, da tau xmkn..nak jugak mengadap komp 24jam, mane x pening pale 2...
Sekali mlm 2 makan roti telur buatan mak..Blueeekk!!Blueekk!!!terus muntah...
Apa pasal ha??? Perut awak 2 ah masuk angin..bkn sbb roti telur 2 xsedaap erhh wuu wuuT_T
Akhirnya dak 2 pecah rekod tidur plg awal smlm..klau x 4.30 pg pun die xleh tidow...
Bgn pun plg awl tau..Kul 7pg da bgn klau x tengahari lah bgnnye...
Siapelah budak yg bertuah tu kan??
aku malu nak mention2 name die kat sini...yela seganlah kan.
sbb akulah kanak2 dewasa 2..Upssss:XX 



Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Saturday, March 26, 2011

Bunuh Diri











24 MAC 2011: Detik-detik cemas ketika para anggota bomba berusaha memujuk dan menyelamatkan seorang remaja perempuan yang bertindak nekad terjun dari bangunan KB Mall, di Kota Bharu petang tadi. Remaja terbabit terselamat cuma sedikit tercedera di muka. – Utusan

PUJUK...anggota bomba memujuk gadis yang cuba membunuh diri.
PUJUK…anggota bomba memujuk gadis yang cuba membunuh diri.
KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.

    Foto
    PEGANG…anggota bomba memaut tangan gadis terbabit.
    Foto
    MERONTA…gadis yang cuba membunuh diri meronta-ronta mahu melepaskan diri tergantung tiga minit.
    Foto
    TERLEPAS…gadis terbabit terjatuh selepas tangan yang dipegang anggota bomba terlepas.
    Foto
    DISELAMATKAN…gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.
Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.
Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.
“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.
“Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.
Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.
Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.
“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.
“Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.Mymetro
 sumber:mymetro

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Friday, March 25, 2011

Oke fine akhirnya da potong


Igt x entry lepas aku yg aku kate nk potong rambut cm adira...click sini klau xtau.
Akhirnya aku da potong rambut..tapi pendek drpd adira..
Malas ak nak upload gambar ..haha
Komen aku pasal rambut baru nie...okelah..lain drpd yg lain..
klau x dulu asyk nk rmbut panjg je kan..skunk.. amk ko pendek betol...
k itu aja....(:
Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Thursday, March 24, 2011

Cinta,Sahabat,Rabbit


Meyh aku nak citer pasal boypren..bole kan..ala bole la..sekali je..sekali je..
argggh xkuasa aku...hahaha
Harinie aku nak citer ade sorg mamat nie kan..1hari nie asyk nk memerli ak je memanjang...
Hairan aku..asal die cakap aku gelak..biler xcakap aku pun gelak..biler die marah lagi lagi aku gelak..hahahha
tgk nie aku gelak..

Ok..ok...xyah nak pening2 lagi....
Act sem nie aku byk kelass malas malam...so td ade la manusia nie dah buat aku tacing r kan..kan...
da 2 aku stress biler stress aku chow..biler chow aku nangis..biler nangis..die call..biler call ousemate aku ika ngan mira bole muncul..malu aku...kantoi aku minah jiwang!!ahahha bkn jiwang minah leleh...hahaha

Alang2 dorg ade..terus aku serap semua air mate aku...segala hingus..segala taik2 yang keluar..segala bau2 yang ade....uikk over sgt tu...

Ehem..ehem,,,,aku tibe2 jd seorg yang sgt2 ikhlas...
aku antar dorg g damai..aku jemput dorg..iyalah member kan..lagi2 dorg yg paling2 baik ngan aku...
so biler org da baik..aku cair..biler aku cair aku jd xberkira..biler aku jadi xberkira 2 yg aku xkesah nak antar atau jemput dorg....ngeh ngeh kan kan ika dan mira..hahaha:P

Abis antar dorg aku serang MMC...aku nak bako sorg mamat nie...geram aku rase nak cubit2 pipi die!!!rase nak sekeh2 tengkuk die...rase nak tarik2 hidung die...aikk tempat sensitif die..jgn disebut!!hehe:P

Igt aku lepas r nak wt cmtu kat die...jangan harap la..
die gune semburan ayat..sikit je..aku dah melanting jauh...huhu
agak kasar kamu bergurau ye Muhd Tuuuttt!!!

Ending yang aku dapat..kene perli ngan mamat nie jela..sampai pintu masuk gurney  xhabis2 nk memerli..
untuk menyejukkan hati aku..aku gelak dan terus gelak....
hahahahaha
so xlah aku rase nak sepak die kuar..xyah sepak belum sempat nk buat! Die da kuar dulu..hehe

ok aku balik umah....balik sorg2....gelap2..takut sgt....
Sampai je uma baby aku iaitu rabbit kesayangan aku da get ready nk sambut aku..biler aku bkk je pintu pagar...die terus melompat2 dalam sangkar..bajet aku nk layan die la..
xlarat la...aku penat....so aku bye bye jela kt die.....
esok aku layan koo erhh....

TAMAT~~~~


Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Cherrypink: Isk Mara Betul Nie!!


Cherrypink: Isk Mara Betul Nie!!: "CikCherrypink.blogspot.com Meyh ak ajar korg tips nak lepaskan geram kat org yg dah buat korg sakit ati... 1) ko amk gambar die..ko pij..."

cherry pink
Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Isk Mara Betul Nie!!


CikCherrypink.blogspot.com

Meyh ak ajar korg tips nak lepaskan geram kat org yg dah buat korg sakit ati...
1) ko amk gambar die..ko pijak2 muke die sampai gambar 2 remuk habis..klau boleh buat sampai terkoyak..
2) ko kunyah makanan anggp ko tgh makan die...Kunyah sekuat mungkin dan selambat mungkin..baru padan muke die...
3) ko buang sume barang2 yang die bagi xpun ko cmpk je depan muke die...
4) ko sepak ehem die..biar die masuk hospital terus..baru padan muke die....
6) ko buat2 nak bisik kat die..pastu ko jerit kuat2 kat telinga die sampai pekak...biar pasnie ko nk kutuk ape die xdgr..
7)klau die ade motor atau kete...ko amk brg keras..pecahkan motor /kete die...pastu klau kantoi padan muke ko...
8) ko amk fone die ko cmpak jauh2, biar pasni die xde fone..korg bole cr org lain...
9) ko tukar no. pastu menyamar jd org lain..maki hamun die...biar die nngs mcm beruk..
10) dan yg terakhir ko amk bom..bako je uma die..kite bako je....

Tips2 diatas sama sekali tidak benar...Jangan cube ikut tips2 diatas k...
klau iya pun korg bengang ko buat mcm aku..ha skunk ak tgh bengang nie...
ak tgh buat ape nie???berblogging r.. ha ha ha

oke ak da tenang....Yeppi!!!^_&

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Aku Potong Rambut


HEllo Hello...agak lame ak xberblogging kan...
sejak2 masuk sem nie, mase 2 agak sempit jugak la kan..hehe
Disebabkan ak bgn pagi nie .ak terus nk citer yang aku nk cut rambut lagi bkn dah potong ye...
saje nk wt title poyo sikit..ngeh ngeh..
ak da bosan dgn rambut panjang weyh...da xlarat nk jage rambut ak yg berat nie...
so ak amk keputusan nk potong pendek terus...macam nie..
Cikcherrypink.blogspot.com

Ya. mcm adira...hehe, sweet sgt2 tgk adira rambut cmnie...^_^



Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Monday, March 21, 2011

PEMBAKAR SEMANGAT!!!!!


Toink2 ehem ehem..test test..123..oke..ehehe
Harinie Happy Sgt2..sbb aq da berjaya tunaikan impian family aku yg nak aku dapat 3pointer..
result aq sebelum nie bkn xbagus ..bagus..cume tggl beberapa mate lagi utk ke 3pointer..ngee
and sem 5 nie aku da berjaya tingkatkan prestasi pembelajaran aku....(haha berlagak!!)
bkn berlagak..tapi xsangke la kan....nk dekat2 exam bole pulak byk problem dtg..
wuu wuu xnk jwb exam xnk jwb exam...i can't do it!!! mesti fail punye!!!!
tapi berkat kesabaran org tua, dorg bg ak mase tuk tenangkan fikiran...
Akhirnya, lembut jugak hati ak nie nk buat exam..(:
Mmg tipu r klau ak kate aq xbelajar...
kene belajar weyh...klau x mimpi lah ak nk dpt 3pointer...
Sem nie dak2 klas ak sume bagus..xde sorg yg fail...
ak happy jugak utk dorg...^_^
Hope sem 6 nie akan jadi pembakar semangat ak dan kawan2 yang lain utk tingkatkan prestasi masing-masing..
tgk ayh dan ma tersenyum da cukup happy sgt2...<3
love u.....
Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Saturday, March 19, 2011

Thnx buat Farhana(:


Hari nie aku terbaca satu entry daripada causin aku, ttg manusia yang dah buat baik sgt kt diri ak..
aku terharu sangat2 dgn ape yang causin tulis...
Sebab causin aku tau dan kenal dgn org nie
Bukan causin aku je, tapi family aku pun da tau pasal gurl baik nie..
click farhana untuk lebih lanjut..terima kasih...
semoga gurl baik nie, cepat2 tersedar akn kesilapannya...
Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Friday, March 18, 2011

Manusia..ohh manusia.....


Susah untuk seseorang menceritakan perkara yang sebenar.
Tak ade sedikit kesempatan untuk dijelaskan..
Kebenaran selalu disembunyikan, manakala tomahan, keji, fitnah selalu disebar-sebarkan..
Kenape manusia sedikit pun xde rasa belas kasihan? Kenapa manusia suke melagakan orang yang bergaduh..
Kenapa manusia suke menjadikan keadaan bertambah rumit??
Tak puas lagi ke, melihat orang lain terseksa dengan sikap mereka...
Agaknya kalau orang tu bunuh diri, baru dorg nak menyesal..

Sudah-sudah manusia...tolonglah jangan mengeruhkan lagi keadaan..
Kenape xbunuh je orang yang korang tak suke...
Lebih rela...daripada dituduh bukan-bukan...
Lebih rela..daripada mendapat tau perkara sebenar
Lebih rela..daripada melihat manusia nie gembira melihat pergaduhan orang lain disebabkan mulutnya.

Mungkin sekarang manusia nie sedang bergembira..ya mmg sedang bergumbira...
Diorang sume dah menang,,,,tapi cume menang di dunia jela..
tetapi di akhirat kelak??? yakin ke boleh menang??

Selidik la dulu..jangan sampai menyesal meletakkan salah orang...
Tolong bagi peluang manusia yang korg rase keji nie cerita perkara sebenar..
Tolong bagi peluang manusia yang korg rase keji nie nak tahu perkara sebenar...

Mmg terlalu banyak salah faham yang kite sume xsedar.....pecayelah...


Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Blog Saya Telah Direview Oleh Cik Cipot


Akhirnya cik cipot review jugak blog aku yang xseberapa nie...
Thnks sgt2 buat cik cipot kerana bg pandangan yang tepat untuk blog nie..hehe
klau x mmg aku xnmpk la kelemahan blog aku nie..haha:P
cik cipot kite dah letakkan shoutmix..pastu da ubah kedudukan follow supaya org bole nmpk..
tapi xreti nk limitkn  entri post kpd maximum 3 entri...wuu wuuT_T
harap2 sape2 yang tau bolehlah ajarkan ye..
al-maklumlah saya nie budak baru nk belajar..hehe

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Thursday, March 17, 2011

Radiasi capai tahap berbahaya



GAMBAR menunjukkan kerosakan pada loji nuklear Fukushima.
GAMBAR menunjukkan kerosakan pada loji nuklear Fukushima.

TOKYO: Paras radiasi di loji nuklear Fukushima meningkat ke tahap bencana semalam, memaksa pekerja yang berusaha menangani kebocoran radiasi meninggalkan kawasan itu untuk menyelamatkan diri.
Pegawai yang cemas memindahkan 50 pekerja awal pagi semalam selepas penggera di loji itu mengesan tahap radiasi mencapai tahap berbahaya kepada kesihatan manusia.

Helikopter tentera kemudian dikerah cuba mengatasi kebocoran lebih buruk dan menyejukkan reaktor terbabit dengan mencurahkan air dari udara.
Kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku bencana yang amat dahsyat meningkat seiring dengan kenaikan tahap radiasi dan pakar memberi amaran, loji di Fukushima itu kini menjadi ancaman nuklear hampir sama seperti peristiwa Chernobyl.

Lebih 140,000 penduduk dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu diarah supaya tidak keluar rumah sementara 180,000 yang tinggal lebih hampir dengannya sudah dipindahkan.

Orang ramai yang ketakutan memenuhi jalan raya untuk menyelamatkan diri.

info :Mymetro

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Wednesday, March 16, 2011

Taun depan aku kawin!!!


Sedang aku, kakak, syira, zana lepak dlm bilik..mulelah satu gossip..
jengjengjeng....
kakak( kakak pertamaa)
balong(abg ipar)
syira...(kakak ke2)
zana(adik bongsu)'

aku: syira biler ko nak kawin
syira: lambat lagi kut, maybe dlm 25tahun baru kawin..
syira: Nape ko tanye??
aku: ala kawinlah cepat, senang sikit aku nk kawin awl....hehe
syira: eh  ko nk kawin biler???
aku: aku nk kwin 21tahun so taun depan la...
syira: Ha! bia betul...awal gler.. ali da de wet ke?
aku: Da de dahh..dia buat pinjaman
syira: eh balong bole ke mude2 wt pinjaman...
aku: da nk tergelak... pastu balong kelip mate suh terus berlakon...ahahahhahha
        aku buat muke ala2 comel gitu nk cover supaya xkantoi..senyumm kt syira..senyum kat kakak  
        pulak..senyumm kat balong gn   zana...
zana: eh2 ida nie aku lempang kang..senyum2 hahahha
balong: zana try lempang muke ida sikit...
zana: panggggg!!!
aku: aduhhh!!! sakit arrr...(kuat pulak minah nie lempang)

sume gelak.....ahahahahhaha

balong: syira betullah ida nk kawin.. aku yg tlg dia..
syira,kakak,zana: ha betul ke!!!(serentak)
aku: iya,,,, 
syira: isk awl gler ko nk kawin bole aku dpt cincin..hahhaha
        bapak ali tau ke ko nk kawin gn dia??
aku: taulah..bapak dia yg tlg sign loan pinjam RM30,000(aku xtau so kasi hentam jela...hehe)
syira: eh mane cukuplah...balong cukup ke RM30,000
balong: a'ah xcukuplah ida...(buat2 berlakon)
aku: owh yeke...klau xcukup berape?? nati ida suh la pinjam lagi byk(muke serius konon2 la..hehe)
syira: ee ida..awlnye ko nk kawin..em xpela ok jugak..knp ko nk kawin awl.??
aku: aku nk anak...( dalam hati ape aku ckp nie..hehehe mati akal disitu)
syira: eh nty ank ko mesti mcm cina..mate ko gn ali kan sepet...( muke serius)
         habis ko nk keje naty cmne???
aku: ala keje senang je nk cari..ko ilex je(muke bangga haha)
syira: LEbih baik ko pk betul2... umo ko gan ali mude lagi..
         kang menyesal baru tau... tunggulah dia betul2 matang..(muke serius nk mampus..hahha)
aku: ala xpela..nati aku wt perjanjian dgn die..hehe

aku gan balong da isyarat2 nk tergelak...kakak da ke depan..
yang syira xabis2 citer pasal kawin sampai skunk...
aku nak bgtau perkara sebenar yg kiteorg kelentong dia..xsampai hati la pulak..
sbb nmpk muke dia bersungguh2 je pecaya..haha
xpelah harap2 dia bace la entry aku...
hehehheheh
Rahsia nie hanya aku gan balong je...ehheheh
gler pe aku nk kawin awl...
ahhahahhah
Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Feedback yg aku dapat selepas menulis ttg berhati-hati menfitnah orang


hai korunk hari nie aku happy sgt2 sbb yang entry lepas aku tulis pasal berhati-hati menfitnah orang telah membuat ade org terasa yang dia lah yg menfitnah aku selama nie...
tapi yang peliknya mereka2 nie masih tak sedar-sedar akan silap mereka...
mereka lagi nak mengeruhkan keadaan dengan memerli2....
semoga mereka bahagialah hidup dalam kepalsuan, kejahilan di dunia nie...

Sebenarnya orang2 mcmnie berani sbb de geng..sebab tulah terkejar2 cr kwan supaya boleh jatuhkan aku..
orang2 mcm nielah pengecut...
aku tau org jahil nie akn bace setiap entry aku tulis...
sbb dorg suke sgt nk tahu ttg perkembangan hidup aku...al-maklumlah hati busuk...
klau org2 jahil nie bace entry aku kali nie, aku just nk bgtau yg korg silaplah  nak jatuhkan org..
jgn satu hari terkene kt batang hidung sendiri baru korg nak menangis bagai....
insaf2 lah korunk k....(;
Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Sangat2 biadap yang mengatakan Muhammad Saw Bukanlah Nabi Melainkan Perampok,pedopil, Dan Tukang Cabul


Terkejut sgt biler terbace dr blog  Maera pasal indon mane tah yang buat laman f.b mengutuk Nabi Kita Muhammad S.A.W ..
Tak sangka  berani betul dia menghina nabi kita sampai mcm tu sekali..
sila klik sini

Semogo mereka menerima balasan!

sila click "report page"group nie di FB supaya ia diremovekan.
pilih no dua  "Contains hate speech or attacks an individual", 
pastu pilih  "Targets a Religious Groups"
Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^


Korg kenal x ngan cikgu syida? ala mesti kenal punye la..
yg ske maiming2 suara 2...hehe
Fuyoooo td aku tgk video die yg popular kt youtube uhh masuk dalam rancangan SITI NURHALIZA..
Perh gler fames la dia...
ala korg tau rancangan siti uhh..yg kt astro ria 2...
bkn senang nk fames2 nie.haha
so buat cikgu syida, walaupun aku kurg meminati mu..tapi aku nk ucap congrate jugak la..
tabik sama kamu...hehehe
buat sape2 yg baru nk kenal cikgu syidah meyh tgk video2 dia nie ha..
Layannn~~


Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Tuesday, March 15, 2011

Amende Dia Mengigau nie


Malam smlm..habis je aku on9, ak cube tuk tido dlm bilik aku..tp aku xleh tido nyenyak..
Jadi aku g bilik mak tido sebelah dia..bile peluk mak , mcm peluk bantal peluk sedapnye..hehe
Lantak r org nk kate ank mak ke..xmalu still tido bwh ketiak mak ke ape..ada aku kisah?yg pentg aku dpt tido...

Tapi mlm semalam aku xdpt tido sbb mak xbg peluk dia. panas katenya...T_T
Aku merajuk, g serang bilik syira pulak...syira 2 akk kedua ak...
biler aku baringkan bdn aku kt atas tilam..tibe2 dia yg da tertidow terjaga..
pandang aku dgn mate separuh buka sambil memberi senyuman yg xpernah aku dpt selama tdo dlm bilik dia..

Tibe2 dia bersuara..dia kate kat aq.."ehh kakak...ngee.."sambil senyum seiklas hati 
eh sape nie??kakak ke ida(aku)?? senyum lagi...
"eh sape nie"skali lagi dia tanye..senyumm senyumm lagii
aishhhh...
Aku layankan jela, aku kate nie ida la.."kakak kt uma dia la"Ko nie nape?

Dia xjwb terus tidow  balik..dlm hati aku, xkanlah xleh beza muke aku gn kakak..haiyaaaa

harini aku tanye dia..ko nape semalam, dah 2 dia buat2 xigt..ha da sah ko mengigau..
hampeh tul..haha







Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Monday, March 14, 2011

BERHATI_HATI MENFITNAH ORANG


cikcherrypink.blogspot.com

Alhamdullilah hari ini ade insan yang sudi menceritakan perkara sebenar kpd aku ttg manusia-manusia yang telah membuat fitnah kat aku selama ini.. Aku sgt2 bersyukur kerana ade lagi insan yang semulia itu..
Aku terlalu terhutang budi kat dia, sbb dia terlalu baik kat aku, walaupun ade2 iblis yang bertopengkan manusia selalu cube menjatuhkan sesama islam....
Aku bersyukur kerana aku bkn mcm dulu, yang mudah tersentap, mudah mengamuk, mudah terpedaya dgn perangai2 iblis yang bertopengkan manusia..
Aku berharap agar insan2 seperti ini segera ke jln yang benar.. bkn aku nk kate aku nie baik, sembahyang cukup 5 waktu..tapi aku tau menfitnah itu lebih besar dosanya drpd MEMBUNUH!!
Lihat drpd raup wajah insan2 yang bertopengkan manusia ini sgt2 mulia orgnya..
tetapi hati mereka cukup busuk sehingga sggp menghukum manusia2 yang lemah!!

Firman Allah bermaksud: 

“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” 
(Surah al-Hujurat, ayat 6)


Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.


Untuk manusia2 yang telah menabur pelbagai fitnah kat diri aku, aku dah maafkan korg
sikit pun aku aku xberdendam..cume aku harap sgt2 korg bertaubat daripada membuka aib org...
sekali korg membuka aib org berganda2 Allah akan membuka aib korg...
ok chill(;


Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Sunday, March 13, 2011

Video aku,ana,dan shabil



Aku xkira..nk tunjuk gak video yg kiteorg wt semlm..haha'
I give a hand for my causin assignment work
last minute kerja SOSO la..hahhaha
xla expert tapi ok la..hehe
hope u enjoy!!!

Amacam ??hahha cepat muntah ramai2..
oke mengaku bi tunggang langgang part aku jela..ahahhaha papepown thnx for watching!!!^_^

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Ceritalah pasal semalam..plssss


Semalam hari yg plg penat utk aku..
Dari kul 3 sampai 8mlm menyiapkan assgment causin aku,
mase tu lah nak pk skrip, mase tu la nk berlatih dan mase tu lah nak berlakon...
scene aku yg paling byk cut.. sbb bi tunggang langgang tambah Nervous ..haha
Dah selesai je berlakon sume. kiteorg serang wayanglah pulak..
Tgk cter yang paling terbaikkk la di MAlayasia..
Sape xkenal Citer Hikayat Merong Mahawangsa..
mmg xcaye la KRU leh buat cter sehebat 2!! ;D tahniah buat KRU...hehe

so kiteorg balik dlm kul 1pg...jemput causin n tidow dgn senang hati....lalala



Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Saturday, March 12, 2011

Kelemahan Aku


Biler bangun lewat sgt..aku akn menghadapi masalah tidur yang cepat pada waktu malam..
knp begitu?? aku sendiri xtau..
Kadang2 pelik tgk org yg bgn lambat tapi mlm tidur cepat...
aku nk tidur..plss la bg aku tidur....
T_T
Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

aku Buat Twitter sebab Artis buat lawak tah hape2...


Tengah Kecoh...

"artis malaysia yang sempat buat lawak bodoh dengan saat paling genting ni "

Aku xnk ketinggalan aku nk tau jugak kesasihannya...(buzyBody!!)euwww:P

bile aku da sign up twitter  mmg terbukti lah artis mulia  nie cube berbuat lawak...

Malangnya lawak dia nie telah membuat org ramai Meluat..T_T shame2








Pada pendapat aku la kan.. dia tak patut ckp mcm tu laT_T..nak buat lawak boleh tapi berpada-padalah.. Mungkin hari nie hari mereka2 di sana..esok lusa kita tak tau ape jadi kat kita pulak..
dan ape perasaan kita bila dapat tau perkara yang serius dibawak gurau oleh org lain....Renung-renungkan lah..(;

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Friday, March 11, 2011

Kene kejar Dgn anjing


Terigt zaman2 sekolah dulu, masa tu form 3, mlm tu aku nk kua uma, sbb nk g public..
nk cal boypren la kan kononnye..
ma xbg kua..tapi nk kua jugak, suh adiq teman..
ade sekor ank anjing nie makin lama makin dekat dgn aku..
aku igt xde papelah..tibe2 makin dekat..
ape lagi aku kelam kabut lari..
pastu dia kejar adeq aku..haishh xleh jd..adik aku da nngs2 da..
aku sebagai kakak mithali la kan pegi kat anjing 2 acah2 dia supaya die xkacau adeq aku..da 2 adeq aku da berjaya masuk uma..
ank anjg 2 pulak kejar aku..aku lari mmg xlaju la..berat bontot..ehh ehh...:D
tibe2 aku terjatuh gaya supermen habis tangan aku berdarah..ilek je anjing 2 kat belakang aku..
aku xtau nk wt ape..aku igt pepatah  petua org2 tua, klau anjing nk kejar buat2 nk amk bende kat bawah..
nati anjg 2 belahlah sbb igt nk baling batu kat dia...
so aku bgn aku tunduk bawah buat2 nk cabut kasut aku..
anjing 2 da larii..haa baru ko tau..
aku balik menangis..pastu padan muke aku xnk dgr kate ma...
wuu wuu t_t
akhirnya aku xjd g public..huk2

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL


hohoho sume contest yang ade dlm blog nie aku nk join..betape rakus aku nie..
nampak kan.. nampak kan..ahhaha
act menang kalah xkesah sgt..yg penting kite support mmb2 blog yang ade..
tah2 satu hari nty klau follower aku da ramai..aku pun nk wt contest jugak..bole dorg ikut serta..
xgitu..:P

oke tema kali nie adalah..CONTEST ME AND HIJAB 

cun kan dia nie...

syarat2 yg telah diberi

1) Mestila folower 
2) Wat entry bertajuk “CONTEST ME AND HIJAB – KHUMAERA ISMAIL"
3) Letak banner spt diatas dalam entry itu dan link twos ke entry ini.
4) Letak pic anda memakai tudung; TAK KISAH..PAKAI TDG BAWAL PUN OK..janji kemas, simple, dan tudung yang korang suke pakai. =)
5) Bagitau serba sedikit nape anda suke pakai tudung spt dalam gambar. 
6) Second last, tag at least 2 kwn anda
7) Lastly, tinggalkan link entry anda di comment entry ini ok..senang sy nk terjah.
 

Tarikh Luput :: 1ST APRIL 2011


2 kawan yang nak di tag

2) Azah

so inilah gambar saya pakai tudung




Act saya nie jenis free hair, tapi saya teringin sgt2 nk pakai tudung,
so saya pergi beli tudung nie kat danau dgn kawan2 saya..
sememangnya saya xtau, xreti langsung nk pilih tudung mahupun mengayakan tudung, jadi dgn adenya sahabat2 yang baik hati nie,
dorg yang bantu saya cr tudung nie dan diorg yang ajar saya cmne nk pakai tudung.
Thnx buat kawan2 saya ika,mira,oppie yang follow saya g beli tudung waktu 2...^_^
so inilah hasil muke saya bertudung..nmpk mcm cantik jugak lah..pangg!!xmalu puji diri sendiri..hehe

sapa2 yang nk join jugak click sini

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Tsunami Hits Japan


Tsunami dengan kekuatan 8.9 magnitude teruk melanda Jepun. Indonesia, Filipina dan Malaysia diberi amaran kemungkinan Tsunami. Tsunami dijangka sampai ke Malaysia dan Singapore bermula 6.30 petang ini. Harap semua tidak lepak di tepi pantai. Doakan negara kita selamat. Peliharalah kami Ya Allah!



Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Thursday, March 10, 2011

Tersentap!


Kemain rancak kami sekeluarga berborak,bergurau dan melayan si kecil bernama sara tibe2 Pappppp!!!
Gelap,..gelap,,,.masaaleh tul la..T_T habis satu taman aku xde lampu..
tersentap disitu...t_t.....
Nak pakai lilin..xde lilin, selamat ade lampu suluh, terang sikit uma kami...
Dah lame beberapa minute kemudian, si perut syira(kakak ke2) buat lagu hindustand..
nak makan tosei katennya....
Layankan jela..kang xbg mkn kempunan pulak..mulelah nyanyi lagu "batu belah batu bertangkup" :)
Beberape minute kemudian aku follow la dia g beli tosei kat ayza, dia yg nk mkn sume nk ikut..(kononnye dlm kete bole sejuk2 kan bdn la)^_^
kakak, balong gn sara pun nk joint gak(sebab syira suh..konon takutlah tu..:P)
Balik uma, terus dah de lampu, 
biler tanye ayh bile de lampu ayh kate korg kuar je, xlame pastu terus de lampu...
hampeh tul, klau aku tau mls nk ikot syira....:P
selamatlah xlame  sgt elektrik xde , klau x.cmne aku nk tidur mlm nie..
panas..bole ke aq tidur??? xtau..xtau....

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

Contest Senyum Paling Ceria.



Contest nie telah dianjurkan oleh  click nie
Cara-cara untuk menyertai:


1. Follow blog namee ini untuk sentiasa update dengan perkembangan contest ini.(done)


2. Buat satu entry yang bertajuk 
Contest Senyum Paling Ceria.(done) 

3.Kemudian letak lah banner contest ni kat sidebar sekali .(done)

4.Letak banner di atas di dalam entry anda dan link kan terus ke entry contest ini.(done)


5.Muat naik gambar dan ceritakan mengapa anda gembira di dalam gambar tersebut.heheh..Ala simple simple je :) contoh: Saya gembira kerana baru lepas makan. :D
(done)

6.Dan jangan lupa letakkan link anda di ruangan comment :)(done) 


7.Akhir sekali, tag 3 orang rakan blogger anda and make sure mereka tahu yeah ;)

Tadaaaa!!!Senang je kan ? Marilah join ramai-ramai!!!. :)

 Hadiah menanti..


Wang tunai rm100 dan hadiah menarik dari United States menanti!!! :D

Terima kasih.

TARIKH TUTUP : 31 MAC 2011 (Thursday)

dari kiri: saya, kakak saya, anak buah dan abg ipar

Excited Berada di Tiara beach resort,P.D

3 mmbr yang nk di tag

1) shera Niza
2) Azah
3) Aty



Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^