Sunday, October 23, 2011

Nada Cinta..




Nada Cinta adalah sebuah sinetron dari indonesia yang kini hangat di Malaysia..
Nada Cinta telah ditayangkan di Astro Ria pada hari isnin-jumaat jam 6.30p.m-7.30p.m.
Bagi yang masih belum tahu cerita nada cinta nie berkisar tentang apa.
Dibawah nie ada sinopsis ringkas yang mungkin akan menarik minat korunk untuk menonton cerita nie.

Faris adalah anak orang kaya menjalinkan hubungan cinta dengan Rina (lakonan Dewi Sandra) seorang guru muzik dari sebuah keluarga yang sederhana.

Hubungan cinta mereka ditentang oleh Tirta ayah Faris.  Faris dan Rina dipisahkan, Faris dipaksa berkahwin dengan Nia.

Rina rupanya hamil (hubungan dengan Faris) dan melahirkan anak perempuan, yang kemudiannya diculik oleh Nia dan dihantar ke rumah anak yatim.

Selepas 17 tahun Nada ( anak perempuan Rina) yang dibuang Nia kini sudah dewasa dan menjadi remaja yang sangat cantik dan sukakan muzik.

Nada menyimpan hasrat nak bertemu ibu dan bapanya yang tak pernah dia ketahui berada di mana, dia kemudian lari ke Jakarta.

Di Jakarta dia telah terlibat dalam kemalangan dan nyaris dilanggar keretapi, tapi diselamatkan oleh Rina. Pertemuan itu tidak berjaya membuatkan mereka bersatu kembali.

Nada membawa haluan sendiri hingga bertemu dengan 3 orang jalanan, mereka membuka warung di depan sebuah sekolah mewah tempat anak anak orang kaya.

Kebetulan Rina mengajar muzik di sekolah tu.
Rina dan Nada kembali rapat dan masing masing sukakan muzik.

Nada mempunyai suara yang merdu. Di sekolah tu ada Ricky (lakonan Randy Pangalila) seorang pelajar yang kacak dan menjadi tumpuan di sekolah. Ricky terpesona dengan suara merdu Nada.

Rasty kekasih Ricky mulai cemburu melihat Ricky memberi tumpuan kepada Nada, Rasty cuba sedaya upaya nak menyingkirkan Nada dari sisi Ricky.

Rasty rupanya anak Faris dan Nia. Adakah Rasty dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dulu? Atau akankah ini membuat Faris kembali kepada Rina? nantikan kesudahan dan episod akhir Nada Cinta di Astro.

Pelakon-Pelakon:
             Mikha Temboyang

                 Randy Pangalila

                      Michella Puteri


                         Donny Michael



=

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

0 comments: