Saturday, January 1, 2011

The Relationship between Quality & Competitiveness


Ok 2day kite nak bincangkan tentang hubungan antara kualiti dan persaingan atau dlm B.i nya The Relationship between Quality & Competitiveness..

Kenapa perlu ada hubungan antara kualiti dan persaingan ni kan??
Jawapannya mudah saja..
kite boleh bagi contoh pada Dunia Olahraga. Seorang insan bernama Juan Arballo.
mamat nie adalah bintang olahraga di sekolah tinggi dia. Acara yang diambil adalah 100, 200, dan 400 meter lumba lari dan lari berganti2.
Dia sudah cukup berjaya semasa di sekolah tinggi nya utk memenangi biasiswa kolej.
Namun, Diperingkat Kolej, persaingan lebih kepada kualiti dan Juan mendapati yang dia terpaksa berlatih lebih kuat dan lari lebih pantas utk memenangi pertandingan tersebut.
Walaupun dia telah berusaha, Juan masih belum cukup bagus untuk mendapat tempat di Amerika Syarikat.
Dalam sidang sukan Olimpik, Kualiti pertandingan itu sekali lagi lebih bagus daripada yang biasa juan sertai.
Dia membuat pasukan Olimpik tetapi hanya dalam dua pertandingan sahaja yang dia menang iaitu
a) 200 meter lumba lari
b) 4x100 lari berganti.

Daripada pertandingan yang disertai oleh Juan, Juan mendapati bahawa berdaya saing dapat meningkatkan kualiti seseorg pemain. Daripada persaingan, seseorg pemain akan menjadi lebih bagus dan dapat memperbaiki kelemahan yang mereka ada,...

Begitu juga dalam perniagaan. Setiap syarikat akan cuba mengeluarkan produk yang bagus dan memperbaiki kelemahan yang mereka ada untuk mengekalkan produk mereka dalam pasaran.

contoh persaingan dalam perniagaan seperti KFC dan McDonald. Kedua2 syarikat ini adalah mengeluarkan makanan segera.  Kedua2 syarikat ini akan bersaing utk menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk yang mereka tawarkan dengan cara mengadakan promosi, harga, set hidangan dan sebagainya.

itu sajalah yang dapat saya huraikan mengenai Hubungan antara kualiti dan persaingan..yang perlu korg igt adalah
kalau nk tingkatkan kualiti kite harus ada persaingan sbb melalui persaingan kite akan memperbaiki setiap kelemahan yang ada..(;

Lepas baca jangan lupa tekan like ^_^

0 comments: